Friday, 14 August 2020

updated 10:57 AM UTC, Aug 14, 2020

KKM seru aktiviti korban patuhi SOP yang ditetapkan

  • Published in Berita Semasa


PUTRAJAYA, 1 Ogos- 
Kementerian Kesihatan (KKM) melahirkan penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya kepada semua barisan hadapan yang menjalankan tugas dengan penuh dedikasi pada Hari Raya Aidiladha.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata, petugas barisan hadapan kini sangat berharap agar seluruh masyarakat Malaysia memainkan tanggungjawab sosial dan kawalan kendiri, bagi memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) dapat dipatuhi.

Dalam kenyataan medianya, beliau menasihati umat Islam yang melaksanakan aktiviti ibadah korban untuk terus mematuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan.

Pemakaian pelitup separuh muka amat digalakkan di tempat yang sesak dan sempit, terutamanya apabila penjarakan fizikal sukar diamalkan.

Orang ramai juga digalakkan mengamalkan kebersihan kendiri, terutamanya kebersihan tangan dengan kerap mencuci tangan dengan air dan sabun.