Akta khusus dirangka, pindaan akta dikaji - KPKT


PUTRAJAYA, 1 Ogos- 
Akta khusus bagi menangani isu rumah terbengkalai di seluruh negara sedang dibangunkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Menterinya, Zuraida Kamaruddin, berkata, ia meliputi peruntukan beberapa akta, yang menyukarkan kementerian mengambil tindakan dalam kadar segera.

"Banyak perkara yang kita harus kaji, rumah terbengkalai, dan akta-akta tertentu yang tidak memudahkan KPKT untuk ambil tindakan."

"Kita sedang kaji pindaan akta atau buat polisi baharu."

Terdapat 281 projek perumahan swasta meliputi hampir 74,000 unit rumah melibatkan 48,000 pembeli disahkan terbengkalai di Semenanjung Malaysia sejak 2009 hingga Jun lalu.