Logo

Patuh SOP, 19 tapak binaan dibenar beroperasi sepenuhnya


PUTRAJAYA, 1 Ogos- 
Sebanyak 19 tapak binaan yang diarahkan tutup oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) sebelum ini dibenarkan beroperasi sepenuhnya.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri, berkata, kesemua tapak pembinaan berkenaan dibenarkan beroperasi setelah didapati mematuhi (Prosedur Operasi Standard) SOP dan Garis Panduan yang ditetapkan pihak berkuasa.

Jelasnya, CIDB juga membuat pemeriksaan di 15 tapak binaan di Kedah, Kelantan, Sabah dan Sarawak melibatkan 23 penguatkuasa.

Daripada jumlah itu, 12 tapak binaan mematuhi SOP yang ditetapkan.

Manakala satu tapak binaan tidak mematuhi SOP dan diberi amaran, sementara dua tapak binaan lagi didapati tidak beroperasi.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.