Saturday, 15 August 2020

updated 11:57 AM UTC, Aug 15, 2020

Kuarantin wajib untuk warga Malaysia yang pulang

  • Published in Berita Semasa


PUTRAJAYA, 1 Ogos- 
Sejak kuarantin wajib dilaksanakan semula, 24 Julai lalu, rakyat Malaysia yang pulang melalui pintu masuk sempadan antarabangsa ditempatkan di 11 Hotel dan 5 Institut Latihan Awam di ibu negara.

Ia turut melibatkan pusat kuarantin di Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Sarawak, Selangor dan Johor.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan memaklumkan, setakat ini, 2,800 individu direkodkan pulang dari 23 negara.

Daripada jumlah itu, 11 individu dihantar ke hospital untuk rawatan.

Katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga melakukan 1,942 pemeriksaan terhadap individu yang sedang menjalankan kuarantin wajib 14 hari di kediaman masing-masing.

PDRM bersama petugas Kementerian Kesihatan akan sentiasa membuat pemeriksaan dan pemantauan terhadap individu tebabit bagi memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) dipatuhi.