Saturday, 15 August 2020

updated 11:57 AM UTC, Aug 15, 2020

DUN Sabah dibubar, Pilihan Raya Negeri dalam tempoh 60 hari

  • Published in Berita Semasa


KOTA KINABALU, 30 Julai- Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Haji Apdal, mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah berkuatkuasa hari ini, 30 Julai 2020 bagi membolehkan pilihan raya negeri dilaksana dalam tempoh 60 hari.

Ketika mengumumkan pembubaran tersebut di Bangunan Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri (PPNS) Kota Kinabalu, Datuk Shafie menyatakan, beliau telah menghadap Yang DiPertua Negeri Tun Haji Juhar Datuk Haji Mahiruddin, di Istana Negeri Kota Kinabalu, pagi tadi dan mendapat perkenan untuk pembubaran DUN tersebut.

Datuk Mohd Shafie berkata, keputusan tersebut dibuat demi kepentingan rakyat dan membolehkan rakyat menentukan mandat baharu bagi pembentukan kerajaan negeri.

Semalam, Bekas Ketua Menteri Sabah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah (ADUN) Sibuga, Tan Sri Musa Haji Aman, mengumumkan telah membentuk satu gabungan baharu bersama-sama dengan ADUN Sabah dari pelbagai parti.

Tan Sri Musa mendakwa gabungan baharu itu yang menyokong Perikatan Nasional (PN) memperolehi sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan negeri baharu.

DUN Sabah mempunyai 60 kerusi DUN.