Sunday, January 19, 2020
updated 1:23 AM UTC, Jan 19, 2020

Mahkamah tetapkan 23 Mac tarikh hujahan kes rasuah Tan Sri Isa Samad

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR - Selepas 15 hari perbicaraan, pihak pendakwaan menutup kes melibatkan bekas Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Samad yang didakwa satu pertuduhan pecah amanah dan sembilan pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM3 juta antara 2014 hingga 2015.

22 saksi pendakwaan telah dipanggil memberi keterangan.

Saksi terakhir ialah Pegawai Penyiasat SPRM, Mohd Safari Abdullah.

Enam saksi turut dipanggil untuk membela diri sekiranya keenam-enam mereka menghadapi pertuduhan itu.

Antara saksi yang ditawarkan untuk membela diri ialah bekas-bekas Ahli Lembaga Pengarah Felda Invesment Corporation Sdn Bhd (FICSB) Datuk Faizoull Ahmad, Datuk Dr Omar Salim, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harum Narrashid, Datuk Nik Azman Mohd Zain dan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah serta Setiausaha FICSB, Zuraida Ariffin.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali menetapkan 23 Mac depan untuk kedua-dua pihak berhujah manakala 28 Februari bagi memfailkan hujahan bertulis.