Sunday, January 19, 2020
updated 1:23 AM UTC, Jan 19, 2020

Kereta hangus terbakar di hadapan Pavilion Bukit Bintang

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR - Sebuah kereta berjenama Mercedes Benz musnah 90 peratus selepas terbakar di hadapan pusat beli belah Pavilion di Bukit Bintang, Kuala Lumpur tengah hari tadi.

Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur dalam satu kenyataan memberitahu, telah menerima laporan berkaitan kebakaran kenderaan itu pada pukul 1.40 tengah hari tadi.

Pasukan operasi jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Hang Tuah telah dikejarkan ke lokasi kejadian.

Pihak bomba berjaya mengawal api yang sedang marak pada kira-kira pukul 2.00 petang tadi.

Tiada sebarang mangsa dilaporkan terlibat dan punca kejadian masih dalam siasatan.