Sunday, January 19, 2020
updated 1:23 AM UTC, Jan 19, 2020

RTM terus jadi penghubung antara kerajaan dan rakyat, salur informasi kepada rakyat

  • Published in Berita Semasa

PUTRAJAYA - Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan terus memainkan peranan utama sebagai penghubung antara kerajaan dan rakyat terutama dalam menyampaikan mesej, agar difahami dan diterima masyarakat.

Ketua Pengarah Penyiaran, Nor Yahati Awang berkata, kerjasama erat kementerian dengan jabatan serta agensi berkaitan dapat mewujudkan kesefahaman dalam membentuk hala tuju penyiaran negara yang berkesan.

Beliau berkata demikian selepas sesi pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di Putrajaya.

Sementara itu, Datuk Seri Dr. Wan Azizah berkata, pelbagai aspek terutama membabitkan kepentingan rakyat menjadi keutamaan kerajaan.

Justeru, pertemuan hampir satu jam dengan Ketua Pengarah RTM, diharap membuka lebih ruang untuk memanfaatkan kedua-dua pihak terutama membabitkan isu berkaitan golongan wanita.

Datuk Seri Dr. Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menjelaskan, fokus kementeriannya adalah menjurus tentang membela nasib golongan wanita dan kanak-kanak untuk kemakmuran semua.