Sunday, January 19, 2020
updated 1:23 AM UTC, Jan 19, 2020

Laporan lengkap punca sebenar kematian Nur Dinie bakal dikeluarkan selepas siasatan selesai

  • Published in Berita Semasa

JOHOR BAHRU - Laporan lengkap mengenai punca sebenar kematian kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun Nur Dinie Damia bakal dikeluarkan selepas selesai siasatan pihak Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Perkara itu dinyatakan Exco Pendidikan, Kesihatan dan Sumber Manusia negeri, Aminolhuda Hassan.

Beliau berkata demikian di Taman Sri Pulai, Johor Bahru.

Aminolhuda mengingatkan orang ramai agar tidak menyebar berita tidak sahih mengenai kes berkenaan bagi menghormati sensitiviti keluarga.