Sunday, January 19, 2020
updated 1:23 AM UTC, Jan 19, 2020

Jenazah Nur Dinie selamat dikebumikan pagi tadi

  • Published in Berita Semasa

PONTIAN - Jenazah kanak-kanak perempuan, Nur Dinie Damia Muhammad Noor Ain, tujuh tahun yang mengalami kegagalan hati dan buah pinggang, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Parit Haji Sirat Darat, Kayu Ara Pasong, Pontian, Johor, 10.00 pagi tadi.

Allahyarham meninggal dunia 10.48 malam tadi di Hospital Sultanah Aminah (HSA), selepas menerima rawatan sejak Jumaat lalu.

Kira-kira 100 saudara dan sahabat menunaikan solat jenazah di rumah datuknya di Parit Haji Sirat, Pontian.

Mengiringi jenazah, bapanya, Muhammad Noor Ain Dahalan, 38 tahun dan ibunya, Nur Azlina Ahmad, 35 tahun serta anak sulung mereka, Nur Dania Danisha, 10 tahun.

Terdahulu, jenazah dituntut keluarga di Jabatan Perubatan Forensik HSA kira-kira 12.57 tengah malam.

Nur Dinie sebelum ini dirawat di Unit Rawatan Rapi, HSA kerana disyaki mengalami Influenza.