Sunday, January 19, 2020
updated 1:23 AM UTC, Jan 19, 2020

Harapan tinggi kepada golongan muda untuk terus bangunkan Sabah - Ketua Menteri Sabah

  • Published in Berita Semasa

BONGAWAN - Harapan tinggi diletakkan kepada golongan muda untuk terus membangunkan negeri Sabah.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyatakan, Kerajaan Negeri dan Parti Warisan Sabah komited memberi keutamaan kepada penglibatan anak muda dalam pentadbiran negeri demi masa depan negeri itu.

Datuk Seri Mohd Shafie berkata, golongan muda berperanan penting dalam membangunkan masyarakat dan negara.

Beliau menjelaskannya selepas menghadiri program Himpunan Anak Muda Kimanis di Pekan Bongawan, Sabah.

Lebih 3,000 belia menghadiri himpunan itu yang turut dihadiri Ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Ketua Wira Warisan Datuk Mohd Azis Jamman dan Ketua Wirawati Warisan Isnaraissah Munirah Majilis serta Menteri Belia dan Sukan Sabah, Phoong Jin Zhe.