Sunday, January 19, 2020
updated 1:23 AM UTC, Jan 19, 2020

8 pengundi awal PRK Kimanis turun mengundi

  • Published in Berita Semasa

MEMBAKUT - Pengundian awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) P.176 Kimanis, berlangsung dengan lancar

hari ini. Dalam satu kenyataan, pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan, secara keseluruhan, sebanyak 88.89% pengundi awal iaitu seramai lapan daripada sembilan pengundi awal datang menunaikan tanggungjawab mereka sehingga tempoh pengundian awal tamat pada pukul 12.00 tengah hari tadi.

Pengundian awal yang berlangsung di Bilik Gerakan Balai Polis Membakut itu, disaksikan ejen calon dan pemerhati yang dilantik oleh SPR.

Peti undi awal kemudiannya dibawa dan disimpan di lokap IPD Beaufort. Manakala, pengiraannya akan dibuat pada hari penjumlahan undi iaitu pada 18 Januari di Pusat Pengiraan Undi, Pejabat Daerah Beaufort.

Hadir memantau proses pengundian pada hari ini, iaitu Setiausaha SPR Datuk Mohamed Elias Abu Bakar dan Ketua Polis Daerah Beaufort, DSP Azmir Abdul Razak.