Sunday, January 19, 2020
updated 2:40 AM UTC, Jan 19, 2020

Calon WARISAN mencadangkan jalan Kg. Ulu Lumagar dinaik taraf, bagi memudahkan pergerakan penduduk

  • Published in Berita Semasa

BONGAWAN - Berbaki empat hari sebelum berlangsung hari pengundian Pilihan Raya kecil (PRK) P.176 Kimanis, calon Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk karim Bujang berkesempatan beramah mesra dan mendekati penduduk Kampung Ulu Lumagar di Bongawan, Sabah.

Kampung Ulu Lumagar yang terletak kira-kira 20km dari jalan utama itu, didiami lebih 100 orang penduduk.

Dalam ucapan semasa lawatan ke kampung tersebut, Datuk Karim mencadangkan supaya jalan yang menjadi laluan penghubung penduduk dengan jalan utama dinaik taraf.

Langkah itu juga akan memberi manfaat kepada penduduk kampung berkenaan dalam menjalankan rutin harian, selain merancakkan pelbagai aktiviti dan memudahkan pergerakan penduduk  kampung tersebut.