Sunday, January 19, 2020
updated 1:23 AM UTC, Jan 19, 2020

SM Sains Teluk Intan ditutup, 10 pelajar dijangkiti H1N1

  • Published in Berita Semasa

IPOH - Sekolah Menengah Sains Teluk Intan di Perak ditutup, selepas 10 pelajar asramanya disahkan dijangkiti virus H1N1 sejak Sabtu lalu.

Penutupan sekolah sejak 11 Januari lalu merupakan yang pertama di negeri Perak.

Pengarah Pendidikan Negeri Perak Dr. Suhaimi Mohamed Ali memaklumkan dalam satu kenyataan, tindakan itu diambil sebagai langkah bagi membendung wabak ini terus merebak kepada pelajar lain di sekolah berkenaan.

Katanya, pihak sekolah akan mengambil tindakan dengan melakukan kerja-kerja pembersihan terutamanya di kawasan asrama sekolah tersebut.