Sunday, January 19, 2020
updated 1:23 AM UTC, Jan 19, 2020

Proses pengundian awal PRK Kimanis sedang berlangsung

  • Published in Berita Semasa

KIMANIS - Hari pengundian awal Pilihan Raya Kecil (PRK) P.176 Kimanis. Para petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tiba seawal 7.00 pagi untuk membuat persiapan di Pusat Pengundian Balai Polis Membakut.

Proses pengundian bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga 12.00 tengahari.

Sebelum ini, SPR memaklumkan, seramai 9 orang pengundi awal yang terdiri daripada anggota polis akan menjalankan tanggungjawab mereka hari ini.

Setelah selesai proses pengundian awal, peti undi akan disimpan di lokap IPD Beaufort dan pengiraannya dibuat pada Hari Pengundian Sabtu ini, di Pusat Pengiraan Undi Berkelompok iaitu di Pejabat Daerah Beaufort.