Sunday, January 19, 2020
updated 2:44 AM UTC, Jan 19, 2020

Kanak-kanak 7 tahun maut, disyaki akibat Influenza

  • Published in Berita Semasa

JOHOR BAHRU - Murid tahun satu yang kritikal disyaki disebabkan influenza di Johor, Nur Dinie Damia Muhammad Noor Ain, 7 tahun, meninggal dunia pada pukul 10.41 malam tadi.

Perkara itu disampaikan bapanya, Muhammad Noor Ain melalui kiriman Whatsapp.

Terdahulu, ketika ditemui media, Muhammad Noor Ain, 38 tahun memberitahu, anak keduanya itu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi, ICU Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, sejak Jumaat lalu.

Anaknya sebelum itu telah dibawa mendapatkan rawatan di klinik kerana demam, namun demamnya tidak kebah.

Nur Dinie turut mengalami muntah darah. Hasil laporan awal perubatan, Nur Dinie Damia mengalami kegagalan buah pinggang dan hati.

Bagaimanapun, ketika itu, Nur Dinie disahkan negatif Influenza.

Muhammad Noor Ain, memohon orang ramai mendoakan supaya roh anak bongsunya itu ditempatkan dalam kalangan golongan beriman.