Friday, 7 August 2020

updated 4:04 PM UTC, Aug 7, 2020

COVID-19: Tiada kes baharu di Pahang dalam tempoh 30 hari

  • Published in Berita Semasa

KUANTAN, 13 Julai - Pahang merekodkan 30 hari berturut-turut tanpa kes baharu dan kes aktif COVID-19.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak berkata, selain pesakit yang dirawat di hospital telah sembuh dan dibenarkan pulang, pusat kuarantin juga turut ditutup sejak 28 hari lalu.

Justeru, mesyuarat harian jawatankuasa itu diperingkat negeri dan daerah turut ditangguhkan mulai esok.

Bagaimanapun, pihak berkuasa tempatan, polis dan Jabatan Kesihatan negeri akan terus memainkan peranan masing-masing memantau perkembangan pandemik.