Friday, 7 August 2020

updated 4:04 PM UTC, Aug 7, 2020

Kpisoft milik anak tempatan, bukan syarikat luar negara

  • Published in Berita Semasa


KUALA LUMPUR, 13 Julai- 
Syarikat yang membangunkan aplikasi MySejahtera, Kpisoft Malaysia Sdn Bhd adalah milik anak tempatan, bukan milik syarikat di luar negara meskipun ia didaftarkan di Amerika Syarikat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof, berkata, ekosistem yang terdapat di Malaysia tidak membolehkan kepakaran tempatan dibangunkan di negara ini.

Ini sekaligus menyangkal dakwaan Ahli Parlimen Simpang Renggam yang menyatakan Perikatan Nasional memperlekehkan kepakaran teknologi tempatan.

"Kpisoft Malaysia adalah milik rakyat Malaysia."

"Beratus ribu syarikat berdaftar di luar negara adalah milik rakyat Malaysia."

Beliau menjawab soalan Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik.

Dalam pada itu, Datuk Seri Mohd Redzuan berkata, kerajaan kini sedang membangunkan satu induk digital atau Master Digital Platform bagi memastikan keselamatan siber boleh merangkumi di dalam ruang itu sendiri.

Pada ketika ini, Malaysia masih dalam peringkat pembangunan dan ia akan dilancarkan dalam tempoh lima tahun lagi.