Friday, 7 August 2020

updated 4:04 PM UTC, Aug 7, 2020

Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Panjang bakal dibentang pada Oktober ini

  • Published in Berita Semasa


KUALA LUMPUR, 13 Julai - 
Kerajaan melalui Majlis Tindakan Ekonomi sedang dalam proses penyediaan pelan pemulihan ekonomi jangka panjang dan akan dibentangkan pada Oktober ini.

Antara lain, ia akan memberi tumpuan kepada penambahbaikan dalam pasaran buruh, reformasi institusi awam dan kerangka urus tadbir, serta pelaksanaan pendigitalan dan Revolusi Perindustrian Keempat.

"Di samping pelbagai langkah yang akan diperkenalkan dalam Bajet 2021 pada 6 November 2020, kerajaan juga sedang merangka pelbagai dasar dan strategi."

"Ia khusus untuk menstruktur dan mengukuhkan semula ekonomi serta menangani ketidakseimbangan pembangunan sosio-ekonomi di bawah Rancangan Malaysia Ke-12(RMK-12), 2021-2025 yang akan dibentangkan pada awal tahun 2021.

Tambah beliau lagi, Jabatan Perangkaan mengunjurkan kadar pengangguran adalah sebanyak 5.5% atau 860,000 bagi tahun 2020.

Walau bagaimanapun, pasaran buruh dijangka mulai pulih pada akhir tahun ini berikutan langkah kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan yang membolehkan operasi perniagaan dibuka sepenuhnya pada 10 Jun lalu.