Logo

PM ketengah isu bantuan pemulihan ekonomi demi rakyat


KUALA LUMPUR, 13 Julai- Rakyat memerlukan bantuan segera.

Itu penegasan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berhubung peruntukan bantuan pemulihan ekonomi susulan krisis COVID-19 yang tidak melalui sesi parlimen.

Katanya lagi, sekiranya pelaksanaan menunggu sehingga persidangan parlimen, ia mungkin memberikan kesan buruk kepada ekonomi negara.

"Tindakan segera mesti diambil walaupun sesi parlimen belum bermula."

"Walaupun belum dibentangkan, Menteri Kewangan akan bentangkan dalam tempoh sisi ini secara terperinci."

"Ada berpuluh-puluh inisiatif akan dilaksanakan kerana di luar sana rakyat menunggu."

"Bantuan mesti disampaikan sekarang, perniagaan mereka tidak dapat dilaksanakan sekarang."

Beliau menjawab soalan ahli parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mahu mengetahui mengapa perbahasan pemulihan ekonomi tidak dilaksanakan di parlimen.

Tambah Tan Sri Muhyiddin lagi, kerajaan perlu bertindak pantas dalam aspek ekonomi apabila melihat kejatuhan ekonomi global yang drastik ketika penularan wabak pandemik.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.