Friday, 7 August 2020

updated 4:04 PM UTC, Aug 7, 2020

Banci 2020 dijalankan dalam dua fasa

  • Published in Berita Semasa


KOTA BHARU, 13 Julai- 
Banci Malaysia 2020 yang bermula pada 7 Julai lalu turut membabitkan seramai 1.9 juta rakyat Kelantan termasuk kira-kira 150,000 penduduk Orang Asli di negeri itu yang berada di jajahan Gua Musang dan Jeli.

Bancian dijalankan dalam dua fasa iaitu fasa pertama bermula 7 Julai hingga 30 September 2020 dengan kaedah pengumpulan data secara dalam talian (e-Census).

Manakala, fasa berikutnya melibatkan pengumpulan data secara bersemuka mulai 7 hingga 24 Oktober depan.

Menurut Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Kelantan, Zuraidy Zainal Abidin, pihaknya menyasarkan 30,000 tempat kediaman akan dilawati sepanjang pelaksanaan fasa pertama bancian.

Kediaman yang di lawati pegawai banci akan di bekalkan poskad Banci Malaysia 2020 yang mempunyai nombor khas bagi membolehkan isi rumah mendaftar masuk ke dalam sistem e-Census.

"Banci adalah penting bagi kita untuk dapatkan profil penduduk yang terkini."

"Kali terakhir kita buat banci penduduk ini adalah pada tahun 2010."

Beliau di temui media selepas program turun padang Pelaksanaan Banci Penduduk dan Perumahan 2020 Fasa 1 secara e-Census di Kubang Kerian, Kota Bharu.

Mengulas lanjut, Zuraidy berkata untuk Fasa 2 bancian secara bersemuka, seramai 5,200 penyelia dan pembanci dari negeri itu akan terlibat dan tumpuan diberikan terhadap kediaman yang mempunyai akses terhad kepada penggunaan internet.

Bagi mengelakkan ditipu, orang ramai yang curiga dengan kehadiran pembanci boleh mengesahkannya menerusi etika pemakaian serta mempunyai kad pengenalan yang di sahkan jabatan.

Pada masa sama, responden juga boleh menghubungi nombor telefon pegawai yang tertera pada surat iringan atau talian Banci 2020, 1-800-88-7720 untuk tujuan pengesahan.