Friday, 7 August 2020

updated 4:04 PM UTC, Aug 7, 2020

Ujian saringan HPV percuma kepada petugas wanita PDRM

  • Published in Berita Semasa

KOTA BHARU, 12 Julai - Demi menghargai jasa dan pengorbanan pegawai dan kakitangan wanita PDRM sebagai petugas barisan hadapan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalinkan kerjasama dengan Yayasan Rose untuk menjalani ujian saringan HPV secara percuma.

Menurut Ketua Komunikasi Korporat PDRM Datuk Asmawati Ahmad, ujian HPV berkenaan dilaksanakan menerusi program ‘Frontliner Uniting Againts Cervical Canser’ akan diperluaskan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di seluruh negara.

Jelasnya pada peringkat permulaaan, ujian saringan ini dimulakan di IPK Kelantan dengan melibatkan seramai 374 pegawai dan kakitangan wanita dan diperluas ke seluruh IPK lain secara berperingkat.

Dengan adanya tajaan daripada ‘Etiqa Cares’ kepada Yayasan Rose, ia dapat melayakkan semua pegawai dan kakitangan awam wanita PDRM yang tergolong dalam golongan berpendapatan rendah (B40) untuk menjalani saringan ini secara percuma.

Beliau ditemui pada Program ‘Frontliner Uniting Againts Cervical Canser’ di IPK Kelantan di Kota Bharu.

Turut hadir Pemegang Amanah Yayasan Rose, Profesor Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman, Timbalan Ketua Polis Kelantan SAC Abdullah Mohammad Piah dan Penasihat Teknikal Perubatan Yayasan Rose, Prof Woo Yin Ling.

Sementara itu, Profesor Datuk Dr Adeeba berkata ujian saringan ini seiring dengan negara-negara lain yang mula menerima dan mengguna pakai ujian HPV berbanding ujian 'pap smear' bagi menjalani saringan kanser serviks.

Sehingga kini seramai lebih 10,000 wanita yang telah menjalani ujian saringan kanser serviks di bawah Yayasan Rose.