Friday, 14 August 2020

updated 1:11 PM UTC, Aug 14, 2020

Tiga maut, dua parah dalam nahas treler

  • Published in Berita Semasa


HULU TERENGGANU, 10 Julai- 
Tiga lelaki maut manakala dua lagi cedera parah dalam kemalangan melibatkan sebuah treler dan sebuah kereta jenis Toyota Vios.

Kejadian berlaku di Kilometer 42, Jalan Kuala Jeneris-Sungai Gawi (Aring) semalam.

Dalam kejadian pukul 7.30 malam itu, pemandu kereta, Noriskandar Muzafar, 33, penumpang hadapan, Wan Ahmad Adam Murshidy Wan Rosli, 24, dan penumpang belakang, Zulkarnain Buniyami, 18, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Dua lagi penumpang, Afif Safwan Mohd Zuki, 21, dan Mohamad Rusydi Md Said, 26, yang cedera dirawat di Hospital Hulu Terengganu.

Mohd Adli berkata mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.