Thursday, 13 August 2020

updated 2:52 PM UTC, Aug 12, 2020

KASA usaha didik rakyat pelihara alam sekitar

  • Published in Berita Semasa


BANDAR HILIR, 10 Julai- 
Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) akan mempergiatkan usaha mendidik masyarakat agar bersama sama memelihara alam sekitar melalui pelbagai kempen dan operasi.

Menterinya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata, ia termasuk mengadakan Operasi Gerak (Ops Gerak) bagi mencegah dan menangani kes pencemaran alam sekitar melibatkan kenderaan bermotor.

Katanya, Ops Gerak itu akan dipergiatkan dari semasa ke semasa bagi memastikan tahap pematuhan orang ramai semakin meningkat.

"Selain operasi, kita juga banyakkan program bersama masyarakat untuk proses pendidikan penjagaan bersama."

"Kita harap ia boleh menjadi mekanisme kepada mereka yang ingkar undang-undang dan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang isu pencemaran alam sekitar."

Beliau berkata demikian selepas pelancaran Ops gerak di Loji Kumbahan Serantau Tambak Laut, Bandaraya Melaka.