Thursday, 6 August 2020

updated 2:38 PM UTC, Aug 6, 2020

Pembinaan Hospital Pendang diteruskan

  • Published in Berita Semasa

PENDANG, 9 Julai - Projek pembinaan Hospital Pendang, Kedah masih diteruskan.

Tiada kelewatan luar biasa melainkan tertangguh disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Noor berkata kerja pembinaan hospital yang terletak di Kampung Banggol Pauh itu kini telah mencapai tahap 30%.

Selain memberi manfaat kepada penduduk Pendang, Hospital dengan kos lebih RM210 juta ini dapat mengurangkan kesesakan sebanyak 20% di Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani dan Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar.

Selain hospital, beliau turut mengumumkan pembinaan masjd terapung di Tasik Pendang dengan kos RM16 juta.