Friday, 14 August 2020

updated 1:11 PM UTC, Aug 14, 2020

Rangka manusia ditemukan, berkemungkinan berkait kes kehilangan warga Australia pada tahun 2017

  • Published in Berita Semasa

 

GEORGE TOWN, 9 Julai - Rangka manusia berpakaian dalam dengan kad akses bilik hotel ditemui di tapak pembinaan berhampiran taman Lumba Kuda di George Town, Pulau Pinang.

Hasil siasatan awal, polis tidak menolak kemungkinan penemuan rangka manusia itu mempunyai kaitan dengan kehilangan seorang warga emas Australia.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Soffian Santong berkata, sejurus menerima laporan daripada pekerja kawasan pembinaan tersebut, sepasukan anggota dari Unit Pengesan Anjing (K9), Unit Forensik PDRM, kakitangan Jabatan Kimia dan Hospital Pulau Pinang (HPP) bergegas ke lokasi.

Jelas ACP Soffian, kehilangan warga emas berasal dari Australia itu, sebelum ini dilaporkan pada Disember 2017.

ACP Soffian turut memaklumkan akan bekerjasama dengan Kedutaan Australia bagi mendapatkan sampel DNA ahli keluarga warga Australia terbabit sebelum mengesahkan identiti rangka manusia terbabit.

Bagaimanapun, proses pengecaman mungkin mengambil masa, memandangkan Malaysia dan Australia masih tidak membuka ruang udara untuk rentas negara ekoran pandemik COVID-19.