Friday, 14 August 2020

updated 1:11 PM UTC, Aug 14, 2020

LPP galak ahli tanam durian

  • Published in Berita Semasa

JELEBU, 9 Julai - Ahli Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) digalak mengusahakan tanaman durian bagi menjana pendapatan.

Ini berikutan durian merupakan sumber kekayaan baharu negara. 

Menurut Pengerusi LPP, Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh, LPP melalui pergerakan Pertubuhan Peladang akan membantu dalam pembangunan industri tersebut.

Raja buah itu juga dianggap sebagai produk premium dan mendapat permintaan tinggi di pasaran tempatan serta luar negara.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Jelebu.

Sektor penanaman durian menguntungkan pengusaha sepanjang rantaian pengeluaran termasuk pembekal benih dan baja bagi tujuan pemasaran dan pemprosesan.

Di samping itu, LPP juga ingin mempromosi industri kulinari kepada peladang menerusi pembuatan produk hasil tanaman durian seperti yang disaran oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan.