Wednesday, 12 August 2020

updated 2:52 PM UTC, Aug 12, 2020

Warga IPT sambut baik pembukaan semula kampus

  • Published in Berita Semasa

MELAKA, 9 Julai - Warga Institusi Pengajian Tinggi di Melaka menyambut baik pembukaan semula kampus secara berperingkat.

Ia membolehkan pensyarah dan mahasiswa meneruskan pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka selepas hampir 3 bulan ia dijalankan secara dalam talian.

Menurut Rektor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Melaka, Prof Dr Abd Halim Mohd Noor, pihaknya telah bersedia dan menitikberatkan normal baharu sepanjang proses PdP yang akan dijalankan di kampus kelak.