Wednesday, 12 August 2020

updated 2:52 PM UTC, Aug 12, 2020

Daftar PERKESO, terima perlindungan ketika bencana

  • Published in Berita Semasa

MASJID TANAH, 9 Julai - Majikan perlu memastikan perusahaan masing-masing berdaftar dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Exco Perpaduan, Perhubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Melaka, Datuk Ar Ismail Othman berkata, setiap pekerja perlu mendapat perlindungan sewajarnya apabila ditimpa bencana atau kemalangan.

Beliau ditemui pada program ziarah PERKESO Prihatin di Lubok China, Masjid Tanah.

Sementara itu, Pengarah PERKESO negeri, Abd Razak Omar berkata, semua majikan perlu memainkan peranan dan mengambil berat terhadap kebajikan pekerja masing- masing.

Tegasnya, majikan yang masih berdegil akan dikenakan tindakan di bawah akta keselamatan sosial pekerja 1969 (Akta 4) dan peraturan peraturan (Am) keselamatan sosial pekerja 1971.