Friday, 14 August 2020

updated 1:11 PM UTC, Aug 14, 2020

Laluan Tampin-Kuala Pilah dijangka buka semula esok

  • Published in Berita Semasa


KUALA PILAH, 9 Julai - Laluan Tampin-Kuala Pilah (FT009) yang ditutup kepada semua kenderaan susulan struktur jambatan didapati tidak selamat Khamis lalu, dijangka dibuka semula esok.

Laluan itu akan dibuka semula setelah kerja-kerja berkaitan selesai dijalankan, meliputi pembinaan jalan menuju ke jambatan, turapan dan ujian.

Menurut Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, jambatan Bailey telah dipasang sebagai langkah kecemasan.

Mengikut data cerapan lalu lintas di stesen banci NR 203 pada 2019, laluan berkenaan mempunyai jumlah trafik sebanyak 5,036 kenderaan setiap 16 jam.

Kerajaan negeri turut berharap, kerajaan persekutuan dapat menyegerakan penggantian jambatan itu untuk kemudahan rakyat.