Thursday, 6 August 2020

updated 2:38 PM UTC, Aug 6, 2020

Datuk Azhar Azizan Harun letak jawatan pengerusi SPR

  • Published in Berita Semasa


PUTRAJAYA, 9 Julai-  
Datuk Azhar Azizan Harun sah meletak jawatan sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), berkuatkuasa 29 Jun lalu.

Dalam satu kenyataan media, SPR memaklumkan, peletakan jawatan itu telah diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dan dimaklumkan melalui surat Istana Negara bertarikh 30 Jun 2020.

Sejajar perkara 114 kurungan 7 Perlembagaan Persekutuan, Dr Azmi Sharom selaku Timbalan Pengerusi SPR ketika ini akan menjalankan tugas-tugas Pengerusi SPR sehingga pelantikan baharu dibuat.

SPR turut merakamkan penghargaan kepada Datuk Azhar, atas sumbangan dan khidmat bakti beliau, sepanjang memegang jawatan Pengerusi.