Wednesday, 12 August 2020

updated 2:26 PM UTC, Aug 11, 2020

Bancian di premis perniagaan kenal pasti peniaga haram

  • Published in Berita Semasa

JOHOR BAHRU, 7 Julai - Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Johor giat menjalankan kerja-kerja bancian di premis- premis perniagaan bagi mengenal pasti peniaga haram dan mereka yang menyewakan lesen kepada warga asing.

Ia susulan cadangan dikemukakan Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin bagi meningkatkan hasil kutipan PBT, menerusi pemutihan terhadap golongan tersebut.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Ayub Jamil berkata, usaha yang melibatkan 16 PBT tersebut bertujuan mendapatkan maklumat terlebih dahulu sebelum membuat keputusan sewajarnya.

Beliau ditemui selepas melawat kawasan pembangunan Ibrahim International Business District di Johor Bahru.