Wednesday, 12 August 2020

updated 2:26 PM UTC, Aug 11, 2020

Laporan Al- Jazeera: Berat sebelah, tidak jelaskan fakta dan situasi

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR, 7 Julai - Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia (KPISM) menyelar laporan berita oleh Al-Jazeera.

Presidennya, Norhisham Murujan berkata tindakan membanteras pendatang asing tanpa dokumen di negara ini mengikut lunas undang-undang dan peraturan yang perlu dihormati semua pihak.

Jelasnya, laporan itu bersifat berat sebelah serta tidak tepat daripada segi fakta dan situasi.

Bukan hanya PATI yang berada di beberapa kawasan PKPD tidak dibenarkan keluar dari kawasan selama tempoh kuarantain ditetapkan, rakyat tempatan turut sama perlu mematuhi arahan yang telah ditetapkan.

Dalam satu kenyataan, jelas beliau lagi, kerajaan memperuntukkan perbelanjaan yang besar bagi menanggung kos termasuk penyediaan makanan, tempat tinggal dan rawatan kesihatan ketika dan sebelum pelaksanaan PKP.

Pada bulan April, seramai 10,500 banduan asing berada di depot tahanan menjalani hukuman sementara menunggu proses penghantaran pulang ke negara asal mereka.

Fasa pertama, 1,022 tahanan warga Indonesia dihantar pulang pada 9 April dan 10 April, 509 orang ke Jakarta dan 513 orang ke Medan.

Manakala fasa kedua, 145 tahanan warga Thailand dihantar pulang ke Bangkok pada 23 April.

Fasa ketiga pada 26 April pula menyaksikan seramai 607 orang tahanan warga Bangladesh dihantar pulang.