Wednesday, 12 August 2020

updated 2:26 PM UTC, Aug 11, 2020

Gangguan air Selasa depan jejaskan 420,000 akaun pengguna

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR, 6 Julai - Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd akan menutup sementara loji Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 selama 4 hari bermula 14 hingga 17 Julai ini dan akan menjejaskan 420,000 akaun pengguna.

Sebanyak 290 kawasan di sekitar daerah Petaling, Klang, Gombak dan Kuala Lumpur akan mengalami gangguan bekalan air berperingkat sepanjang tempoh tersebut.

Pada satu sidang media Air Selangor, Ketua Operasinya, Ir. Abas Abdullah berkata kerja - kerja naik taraf bertujuan meningkatkan daya harap bekalan air pengguna selain penggantian aset - aset kritikal.

Justeru, 91 buah lori tangki akan digerakkan ke kawasan terjejas bagi membekalkan air kepada pengguna di antara jam 9 pagi dan 12 tengah malam.

Pengguna dinasihat menggunakan air secara berhemah.