Wednesday, 12 August 2020

updated 2:26 PM UTC, Aug 11, 2020

Johor mohon RM1 bilion pulih pasca COVID-19

  • Published in Berita Semasa

ISKANDAR PUTERI, 6 Julai - Kerajaan Negeri Johor akan memohon peruntukan RM1 billion daripada Kerajaan Persekutuan bagi membantu menjana semula ekonomi Johor selepas terjejas akibat COVID-19.

Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohamad menjelaskan, peruntukan itu khusus untuk membantu perusahaan industri kecil dan sederhana (PKS) dalam sektor pembuatan, yang merupakan penyumbang terbesar ekonomi negeri.

Permohonan itu juga wajar berikutan Johor antara penyumbang terbanyak kepada ekonomi negara.

Beliau berkata demikian selepas hadir Mesyuarat Pertama Ibrahim Johor Economic Council (IJEC) di Iskandar Puteri.

IJEC ditubuhkan bagi mengenalpasti isu-isu semasa dan merangka hala tuju strategik, polisi dan pelan tindakan jangka masa pendek, sederhana dan panjang.

Ia juga bagi mengurangkan impak ketidakstabilan ekonomi global dan penularan Covid-19 kepada ekonomi negeri dan kesejahteraan rakyat.