Thursday, 6 August 2020

updated 2:38 PM UTC, Aug 6, 2020

PENJANA: Beri nafas baharu kepada golongan sasar

  • Published in Berita Semasa


BAYAN LEPAS, 6 Julai- 
Geran ‘one off’ sebanyak RM 3,000 melalui Bantuan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) telah memberi ‘nafas baru’ kepada peniaga yang mengalami kesan akibat pandemik COVID-19.

Di Pulau Pinang, seorang pengusaha kantin sekolah yang bergelut kesukaran untuk meneruskan perniagaan menarik nafas lega atas keprihatinan kerajaan.

Rushdi Abdul Majid, bersyukur kerana menerusi pakej PRIHATIN dan PENJANA, sedikit sebanyak memberi rangsangan untuk beliau agar terus berusaha demi kelangsungan hidup, selepas tidak mempunyai pendapatan sepanjang tiga bulan lalu.

"Alhamdullilah, di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bantuan ini sangat berbaloi. Ia membantu peniaga-peniaga seperti pengusaha kantin."

Bantuan kerajaan itu memberi keyakinan baru untuk mereka yang terjejas keluar daripada belenggu masalah yang dihadapi.

Seorang sukarelawan, Kamarozaman Ahmad, beranggapan bantuan ini membantu dari segi pelaksanaan program persatuan.

"Untuk sukarelawan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti kami, peruntukan ini mampu menggerakkan aktiviti atau program yang mendekati masyarakat di kawasan kami."