Thursday, 6 August 2020

updated 2:38 PM UTC, Aug 6, 2020

TH tubuh jawatankuasa khas pantau pelaburan secara telus

  • Published in Berita Semasa

LAHAD DATU, 6 Julai - Demi mengembalikan keyakinan pendeposit dan pelabur terhadap Lembaga Tabung Haji (TH), Jawatankuasa Pelaburan TH akan diwujudkan.

Badan itu akan memastikan sebarang transaksi dan polisi pelaburan diurus secara lebih berhemah dan telus.

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary, melalui jawatankuasa itu, segala bentuk pelaburan akan dipantau termasuk pengurusan dana anak-anak syarikat di bawah TH.

Selaras itu juga, beliau tidak menolak kewajaran bagi menubuhkan Suruhanjaya Siasatan di Raja (RCI) bagi menyiasat dakwaan penyelewengan yang berlaku dalam pengurusan TH terdahulu.

Perkara ini akan dibincangkan bersama Perdana Menteri untuk tindakan lanjut.

Beliau menyampaikan simbolik Sumbangan Tabung Musaadah COVID-19 JAKIM berjumlah RM100,000 kepada Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) di Kompleks Islam Putrajaya.