Friday, 14 August 2020

updated 2:26 PM UTC, Aug 14, 2020

Datuk Saifuddin kunjung hormat sehari ke Melaka

  • Published in Berita Semasa


AYER KEROH, 6 Julai- 
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah, mengadakan lawatan kerja sehari ke Melaka.

Beliau mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri, Datuk Sulaiman Md Ali, di Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh.

Kunjungan hormat beliau adalah yang pertama selepas Datuk Sulaiman dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka ke-12 menggantikan ADUN Bukit Katil, Adly Zahari.

Beliau turut mengadakan pertemuan bersama Yang DiPertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam di Pejabat Tuan Yang Terutama (TYT).

Datuk Saifuddin turut menghadiri mesyuarat di Jabatan Penyiaran Melaka termasuk mengadakan pertemuan bersama kakitangan.

Beliau tidak melepaskan peluang mencuba bakat sebagai pembaca berita dan bersiaran secara langsung di konti Melaka FM.

Beliau dan rombongan kemudian meneruskan sesi lawatan ke Tenaga Nasional Berhad (TNB) Jasin dan mengakhiri lawatan di Felda Kemendor Jasin.

Hadir sama Ketua Setiausaha KKMM, Datuk Suriani Datuk Ahmad dan Ketua Pengarah Penyiaran, Nor Yahati Awang.