Friday, 14 August 2020

updated 10:57 AM UTC, Aug 14, 2020

Projek Kereta Nasional Ke-3 diteruskan

  • Published in Berita Semasa


RAWANG, 2 Julai- 
Projek kereta nasional ketiga, tetap akan diteruskan meski berlaku perubahan pentadbiran kerajaan pada Mac lalu.

Perkara itu disahkan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, ketika melakukan lawatan kerja ke kilang pembuatan kenderaan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA).

Beliau meminta pihak Perodua dan Daihatsu untuk membentangkan kertas kerja dan taklimat kepada kerajaan mengenai kaedah sesuai yang dapat membantu membangunkan projek kereta nasional ketiga.

Beliau ditemui media selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara MARii (mari), PERODUA, Persatuan Pembekal Perodua dan Persatuan Pengedar Perdua di Rawang, Selangor.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PERODUA, Datuk Zainal Abidin Ahmad berjanji akan memberi komitmen sewajarnya, bukan sahaja kepada projek kereta nasional ketiga tetapi membabitkan ekosistem industri automotif secara keseluruhan.