Friday, 14 August 2020

updated 10:57 AM UTC, Aug 14, 2020

PM kagumi komitmen MyAqsa, bela nasib rakyat Palestin

  • Published in Berita Semasa


PUTRAJAYA, 2 Julai - 
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menerima kunjungan hormat delegasi Yayasan MyAqsa di Putrajaya.

Menerusi Pengerusi dan Pengasasnya, Suwardi Yaacob, penglibatan yayasan itu di peringkat antarabangsa, khususnya dalam membela nasib rakyat Palestin diperjelas.

MyAqsa menjadi satu-satunya pertubuhan bukan kerajaan NGO yang memfailkan bantahan terhadap kekejaman Zionis di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), selain pelanggaran Resolusi 2334 Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) oleh Israel.

Tan Sri Muhyiddin jelas berbangga dengan komitmen berterusan MyAqsa, yang berperanan membantu ICC menentukan bidang kuasa mahkamah terhadap jenayah perang Israel di Palestin.

MyAqsa turut memberi pendedahan kepada rakyat Malaysia tentang realiti konflik Palestin dan Israel, selain kepentingan Masjid Al-Aqsa selaku masjid utama umat Islam selepas Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.