Friday, 14 August 2020

updated 10:57 AM UTC, Aug 14, 2020

Kluster Bukti Bintang: 1 kes positif baharu

  • Published in Berita Semasa


PUTRAJAYA, 2 Julai - 
Satu kes positif baharu dilapor dalam kluster Bukit Bintang menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 11 kes.

Kes positif ini melibatkan 10 rakyat Bangladesh dan seorang warganegara tempatan.

Kes positif baharu ini telah dikesan hasil daripada saringan ulangan dalam tempoh mereka di pusat kuarantin.

Setakat ini, 304 orang telah disaring, dan daripada jumlah ini, 204 orang bukan warganegara dan seratus adalah warganegara Malaysia.

Hasil daripada saringan ini, 293 didapati negatif.

Punca jangkitan kluster ini masih dalam siasatan.