PKPP: Sekolah agama berdaftar bakal dibuka semula


KUALA LUMPUR, 2 Julai- 
Susulan pembukaan semula sesi persekolahan pada 15 Julai ini, sekolah-sekolah agama yang berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) akan turut dibuka.

Namun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri berkata, sekolah-sekolah agama yang tidak berdaftar, perlu memohon kepada Kerajaan Negeri masing-masing untuk meneruskan operasi.

"Sekolah-sekolah yang tidak berdaftar hendaklah memohon kepada kerajaan negeri masing-masing bagi mendapat persetujuan."

"Semuanya akan tertakluk kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah dikemukakan oleh Kementerian Pendidikan demi memutuskan rantaian COVID-19."

Beliau bercakap kepada pemberita selepas membuat lawatan kerja ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan di ibu negara.

Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu, keputusan untuk melaksanakan solat Jumaat dua sesi sudah di peringkat akhir perbincangan.

Satu kenyataan berkenaan perkara tersebut akan dikeluarkan dalam masa terdekat.