Tuesday, July 7, 2020

updated 2:33 PM UTC, Jul 7, 2020

Jurutera mengaku tidak bersalah memandu ketika mabuk

  • Published in Berita Semasa

AMPANG, 30 Jun - Seorang jurutera dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang atas pertuduhan memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan seorang pesara polis cedera.

Tertuduh, Surintheran Santheran, 42 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.

Dia dituduh memandu di bawah pengaruh alkohol dan telah gagal mengawal kenderaan sehingga menyebabkan kemalangan terhadap dua kenderaan dan menyebabkan kecederaan ke atas seorang pelanggan di Gerai Medan Selera Taman Melawati, 26 Jun lalu.

Sabit kesalahan, boleh dipenjara maksimum 10 tahun dan denda tidak melebihi RM20,000.

Tertuduh, dibenar diikat jamin, RM7,000 dengan seorang penjamin.

Sebutan semula kes, 5 Ogos ini.