Tuesday, July 7, 2020

updated 2:54 PM UTC, Jul 7, 2020

Tiga sindiket terbesar penyeludupan migran tumpas

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR, 30 Jun - Tiga sindiket terbesar penyeludupan migran dan samun iatu Geng Otong di Johor, Geng Halim (Perak) dan Geng Husen Maungdaw (Pulau Pinang) berjaya ditumpaskan PDRM dalam Op Benteng :COVID- 19.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah; Datuk Huzir Mohamed berkata; seramai seratus sebelas anggota kumpulan tiga sindiket terbabit ditahan.Mereka berumur dalam lingkungan 28 hingga 68 tahun.


Polis turut menangkap 24 pegawai penguat kuasa, disyaki jadi tali barut.

Op Benteng yang bermula awal Januari, turut menahan seramai 435 orang pendatang tanpa izin.