Tuesday, July 7, 2020

updated 2:54 PM UTC, Jul 7, 2020

Tiada surcaj kadar tarif elektrik tempoh 1 Julai hingga 30 Disember

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR, 30 Jun - Tiada Surcaj dikenakan ke atas kadar tarif elektrik kepada pengguna bukan domestik dan domestik bagi tempoh 1 Julai hingga 31 Disember tahun ini.

READER2
Perkara itu diputuskan oleh kerajaan yang terus melaksanakan mekanisme surcaj Imbalance Cost Pass Through ICPT berikutan terdapat penurunan dalam kos arang batu sebenar bagi tempoh Januari hingga Jun 2020.

Dalam kenyataan Suruhanjaya Tenaga, kerajaan juga bersetuju menurunkan kadar surcaj sebanyak 2 sen /kilowatt-jam kepada 0 sen / kilowatt-jam kepada pengguna komersial dan industri bagi tempoh 6 bulan akan datang.

Mekanisme ICPT merupakan sebahagian dari kerangka kerja kawal selia bagi menetapkan dan melaraskan tarif elektrik di semenanjung Malaysia untuk tempoh 2018 hingga 2020.

Sebarang perbezaan kos sebenar dengan harga penanda aras bahan api dalam penetapan taraf asas akan diselaraskan setiap 6 bulan.