Tuesday, July 7, 2020

updated 2:54 PM UTC, Jul 7, 2020

Banjir Sabah: Jumlah penduduk di PPS berkurangan

  • Published in Berita Semasa


SABAH, 30 Jun-
 Jumlah penduduk yang berlindung di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) berkurangan kepada 428 orang berbanding 730 orang tengah hari tadi.

Sebanyak empat PPS sudah ditutup, menjadikan hanya lima PPS masih beroperasi di Daerah Kota Belud, Beaufort dan Tenom.

Berdasarkan laporan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah, di Kota Belud, seramai 99 penduduk ditempatkan di Dewan Masyarakat Tun Said melibatkan 35 Ketua Isi Rumah (KIR) dari 32 kampung.

Sementara itu, jumlah penduduk di Daerah Tenom kekal 230 orang di tiga PPS iaitu Dewan Seri Panglima Antanom, Rumah Kebudayaan Batu-Batu dan Rumah Kebudayaan Mandalom Lama.

Ia melibatkan 72 KIR dari 13 buah kampung.

Seramai 99 penduduk pula di tempatkan di PPS Dewan Datuk Seri Panglima Dun Banir, Beaufort melibatkan 26 KIR dari 24 buah kampung.

Kesemua mereka ditempatkan di PPS selepas kediaman mereka dinaiki air susulan hujan lebat berterusan pada malam Sabtu lalu.