Tuesday, July 7, 2020

updated 2:54 PM UTC, Jul 7, 2020

PRK Chini: Proses undi awal dijalankan dengan SOP ketat

  • Published in Berita Semasa


PEKAN, 30 Jun-
Proses pengundian awal bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Chini berjalan lancar, mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara.

Langkah itu selari usaha mengekang penularan wabak COVID-19.

Beberapa perkara diberi penekanan dalam SOP Khas tersebut.

Kawalan kehadiran dipastikan dalam jumlah yang minima.

Selain penjarakan sosial, semua pengundi wajib memakai pelitup separuh muka dan cecair pembasmi kuman sepanjang proses pengundian awal.

Kerani pengundian akan mencalit jari telunjuk kiri pengundi dengan dakwat pilihanraya menggunakan berus pakai buang.

Individu dengan suhu badan melebihi 37.5 darjah celsius atau memiliki gejala COVID-19 tetap dibenarkan mengundi di khemas khas, yang dipantau pegawai kesihatan.

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah mengeluarkan cadangan masa keluar mengundi seperti yang tertera dalam kad pengundi.

Ia membolehkan pemilih berdaftar membuat semakan awal mengenai maklumat pengundian, tanpa perlu ke barung semakan SPR semasa hari pengundian.

Tujuannya, bagi mengelak pengundi berkumpul dalam jumlah yang ramai.

Masa yang dicadangkan adalah 8 hingga 10 pagi dan 10 pagi hingga 12 tengahari.

Bagi langkah keselamatan, nama dan nombor telefon pengundi akan turut direkodkan.