Tuesday, July 7, 2020

updated 2:22 PM UTC, Jul 7, 2020

Banjir Johor: Bilangan penduduk terjejas banjir berkurangan

  • Published in Berita Semasa

MUAR, 30 Jun - Bilangan penduduk terjejas di Johor semakin berkurang.

Sehingga kini, 39 penduduk dari 11 keluarga masih ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara, PPS di Muar.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar, R.Vidyanathan berkata, kawasan yang terjejas ialah Kampung Sungai Sarang Buaya dan Kampung Seri Menanti.

SK Orang Kaya Ali menempatkan 29 penduduk dari tujuh keluarga.

Manakala SK Seri Menanti, empat keluarga dengan 10 penduduk.