Tuesday, July 7, 2020

updated 2:54 PM UTC, Jul 7, 2020

Penduduk terjejas banjir di Sabah berkurangan

  • Published in Berita Semasa

SABAH, 30 Jun - Perkembangan banjir di Sabah.

Jumlah penduduk terjejas banjir semakin menurun dengan 705 orang daripada 220 keluarga masih ditempatkan di sembilan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di beberapa daerah setakat pagi tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa 323 penduduk daripada 102 keluarga ditempatkan di empat PPS di Kota Belud dan 230 orang daripada 72 keluarga ditempatkan di tiga PPS di Tenom.

Selain itu, 59 orang daripada 20 keluarga ditempatkan di satu PPS di Papar dan 93 orang daripada 26 keluarga ditempatkan di satu PPS di Beaufort.

Sementara itu, kesemua penduduk terjejas banjir di satu PPS di Penampang telah dibenarkan pulang ekoran banjir di kawasan berkenaan semakin pulih dan lima lagi PPS di Tenom ditutup pada pukul 4.30 petang semalam.

11 daerah melibatkan 152 kampung di Sabah masih terjejas akibat hujan lebat Sabtu lepas, namun banjir beransur pulih.