Tuesday, July 7, 2020

updated 2:54 PM UTC, Jul 7, 2020

Pengusaha pusat tuisyen buat persiapan awal

  • Published in Berita Semasa

ARAU, 30 Jun - Lebih 100 hari sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kebenaran beroperasi untuk sektor-sektor yang ditutup sebelum ini memberi sinar baharu buat mereka yang terkesan.

Di Perlis, tinjauan RTM mendapati pengusaha-pengusaha pusat tuisyen membuat persediaan awal untuk menerima kembali kehadiran pelajar.

Jumaat lalu, kerajaan mengumumkan kebenaran beroperasi bagi pusat tuisyen dengan syarat pematuhan kepada Prosedur Operasi Standard (SOP).

Meski tarikh operasi belum diumumkan, pengusaha membersihkan keseluruhan premis dan semburan nyah kuman.

Noor Aziah Sudin, Pengurus Pusat Tuisyen Bimbingan Pintar AJ ketika ditemui RTM berkata, pihaknya menekankan aspek penjarakan sosial sesama pelajar dan guru selain pemakaian pelitup separuh muka.